Minggu ni terasa nak makan Chocolate, Cake and Cookies
Disebabkan baru habis oncall and i will be on leave until next Tuesday, so perasaan nak hangout di luar on weekend hampir tiada. Terasa nak berehat di rumah, sambil layan channel #Foxcrime, membelek Insta Shop dan mengunyah
Jadi, terfikir nak buat Kek Batik. Tengok resepi macam senang. m. a. c. a. m. Hehe..yelah tak payah bakar-bakar. Masuk bahan-bahan dan gaul kan.
So beli la bahan-bahannya:
1. Biskut Marrie (1 Pack)
2. Krimer Manis
3. Butter (250g)
4. Milo
5. Almond (Optional)
Cara nak buat:
1. Panaskan kuali dan masukkan Butter bersama Milo
2. Gaul laju-laju jangan sampai berketul (not my favorite part of course hehe)
3. Campurkan Krimer Manis (saya letak suku tin saja, taknak manis sangat)
4. Bila dah mendidih, ada bunyi Blurp Blurp Blurp (ekeke mcm ikan)..masukkan Biskut Marrie yang telah siap dipatah-patah kan
5. Gaulkan biskut sampai rata dan masukkan dalam loyang
6. Sejukkan empat(4) jam
Jangan dipandang rupa luaran okay, walaupun nampak macam tak semenggah sikit tapi rasa terbaik! Hak3 *krik krik krik bunyi cengkerik*
So, craving satisfied ! Chocs + Cookies + Cake = Kek Batik
Hehe
No comments:
Post a Comment