Monday 29 July 2013

Post 98: Tips Kurus

Hello.

Saya sepatutnya update gambar kan. I know. Tapi agak kemalasan nak transfer. Sekarang tengah standby. Next week in syaa Allah keh

Ramai tanya macam mana boleh kurus ? Sakit ke ? Makan apa ? Selalu saya senyum je ngee ngee ngee *sengih* Kalau yang tanya tu sedara-mara, Abah dengan Mak yang rajin jawabkan "Dia diet" or "Dia lari" hehe

Saya pernah share kalau tak silap on how i reduced weight, tapi i don't mind to repeat it all over again. Orang kata, sharing is caring hihik ;)

Ada yang tanya, kenapa saya tiba-tiba nak reduced weight, nak kahwin ke ? Which the answer is no *tapi kalau da jodoh tak ke mana* krik krik krik *bunyi cengkerik*

I decided to lose weight out of sudden sebab dah tak selesa dengan berat sendiri. Kalau orang kata tembam apa semua tu da agak lali da, tapi bila diri sendiri yang tak selesa dan rasa gemok then i knew i need to do something.

On 20th January 2013, saya start menjaga eating habits saya. At first, i restricted myself from some types of foods. Taknak karbohidrat tinggi, lemak tinggi, processed foods, itu tak boleh ini tak boleh. Tapi agak susah, especially masa bekerja, there were limited selections of foods. So i decided to re-think of my diet plans. The rule is: Saya boleh makan semua jenis makanan yang saya nak. Semua. WITH limited portions. Disebabkan susah nak kawal jenis makanan yang diambil, jadi saya control jumlah pengambilan. Itu i am very sure i can manage that. Some more, saya lebih fokus kepada nak tukar eating habits so i figured out that i need to teach myself. Saya tak boleh tak makan nasi, i need that badly or else, saya akan makan berganda-ganda untuk cover kelaparan which is bad decision

Tapi bila boleh makan semua, kena jadi bijak. Jangan makan nasi lemak hari-hari pulak. Seminggu sekali saya ambil. Kadang-kadang, hari sabtu/ahad makan nasi lemak, isnin pon makan jugak haha .. tapi like i said, kena pandai kawal, sambal letak sikit, nasi suku/separuh bungkus, telur goreng without kuning nya. Kalau minum susu pulak, saya pilih Low Fat Milk instead of Full Cream.

Haa lepas tu kan, saya suka sangat coklat..terseksa jiwa raga tak makan coklat. At first, saya guna Dark Choc tapi mahal. Ni bukan kawalan lemak saja, kawalan duit pon hahaha. So one day, saya masuk Cold Storage cari ilham dan terpandang Kit-Kat *kit-kat yang boleh patah 2 tu* i can't believe it's only 90cal ! Apa lagi, amik sebungkus..dalam tu ada enam packs kecik-kecik. Jimat. Haha. Setiap selang dua hari makan sebungkus. Menikmati sangat gayanya *buat muka macam dalam iklan makanan*

Saya akan ambil measurement every two days. Mula-mula tu memang lemah semangat tengoknya..alahai nombor dekat penimbang mcm tak bergerak. Terus ambil phone and downloaded applications untuk senaman di rumah. Eh eh banyak rupanya. Phone korang kan dah canggih-canggih sekarang..ape lagi download la hihi

Since then bermula la, krup krap krup krap *bunyi makan* lepas tu malam-malam kang hiah hiah hiah *bersenam* gigih sangat *kagum dengan diri sendiri* hahaha sesekali ;p

One thing i remembered, i never lose focus. Bila korang nak ubah something, for sure ada orang berbunyi. But try so hard to ignore them. Ubah untuk kebaikan diri sendiri jugak kan, bukan orang lain. I love myself more so biar la orang nak kata apa, underestimate effort korang ke. Dont worry much :')

And another tips, jangan nak rushing2. Hari-hari timbang, bila tengok tak turun, da sedih-sedih. No no no. Lemak diternak setahun, takkan boleh hilang dalam masa seminggu. Rite ? Kena rational. Turun sikit-sikit tapi steady. Sebulan saya paling maximum boleh kurang 5kg je not more. Makin lama saya makin faham konsepnya, saya da tak ambil kisah pasal berat sangat asalkan body fat saya turun. Sebab berat tu banyak cabangnya, kena tau dari mana dia turun, air ke, lemak ke, or muscle which is not good

Besides, saya suka follow page Kevin Zahri, suka baca Successful Stories orang lain sebagai inspirasi. Buat saya rasa "kalau dia boleh, kenapa aku tak? aku pon boleh" dan follow instagram dia jugak. Banyak tips dan info dalam tu. Diane Sera pon saya baca..sangat kagum dengan effort dia and proud of whom she becomes now :') Now my current weight is 49kg. Nak turun lagi 4kg hihih. Sebab saya rendah orangnya. My previous weight is 68kg or more sebab seminggu after start diet, baru saya timbang hihi

Okay, panjangnya membebel. Summary nya, makan la apa nak makan TAPI control portions dan do exercise a bit

Yang mana dalam usaha nak lose weight tu, semoga berjaya. Nak turun berat, kena selalu happy, jangan stress selalu dear. Oh, kalau ada apa2 nak tanya..just drop your comment here..kita kongsi2

Daa